Lindung Diri Dengan Gerakan Seperti Ini, Orang Jahat Tidak Akan Berani Dekat
Bahaya seperti diculik atau diragut boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Jadi penting untuk setiap orang termasuklah wanita untuk bersiap sedia terutamanya apabila berhadapan dengan orang jahat.
Kali ini Wanista mahu kongsikan dengan kamu beberapa gerakan asas yang mudah dipelajari dan berkesan untuk melindungi diri ketika menghadapi orang jahat.
Siap sedia atau pasang kekuda
Sebagai permulaan kamu boleh letakkan diri dalam posisi yang bersedia atau dikenali sebagai pasang kekuda. Tujuannya adalah untuk menakut-nakutkan orang jahat ketika melakukan serangan secara fizikal.
Cara-caranya:
• Berdiri dalam keadaan satu kaki di hadapan dan satu lagi di belakang.
• Lebarkan kedua-dua kaki dan bengkokkan sedikit.
• Angkatkan kedua-dua tangan hingga ke paras wajah dengan tangan kiri menggenggam dan tangan kanan buka tapak tangan untuk hadapkan ke hadapan.
• Pastikan keadaan akhir kamu seperti berada dalam keadaan seperti sedia untuk menumbuk.
Serangan tapak tangan
Gerakan kedua ini adalah langkah yang terbaik sekiranya wajah orang jahat tersebut tidak terlindung dan mudah untuk dicapai dengan tangan kamu.
Cara-caranya:
• Dalam keadaan gerakan 1 tadi, angkat tangan yang tidak genggam ke atas.
• Pusingkan pinggul kanan dan bahu kanan, kemudian tolak tangan (tapak tangan yang menghadap ke hadapan) untuk menyerang bahagian dagu atau rahang.
• Pastikan tangan kiri genggam dengan kemas untuk melindungi wajah kamu.
• Kemudian kembali dalam posisi gerakan 1 semula.
Tendangan Ke Depan
Seterusnya gerakan tendangan ke hadapan ini sesuai untuk mereka yang rendah dan tidak boleh lakukan gerakan 2. Selain itu, gerakan ini juga berguna untuk ‘melumpuhkan’ orang jahat sementara dengan menendang di kawasan sekitar paha dan kemaluannya.
Cara-caranya:
• Dalam gerakan 1 tetapi ubah kaki kamu menjadi selari dan bukannya dalam posisi depan-belakang.
• Aim tendangan ke bahagian pangkal paha dan kemaluan terlebih dahulu.
• Kemudian bongkokkan badan kamu sedikit dan tendang kawasan tersebut dengan kuat.
• Kembali ke posisi gerakan 1 semula.
Pukulan Hammerfist
Yang terakhir adalah pukulan hammerfist. Pukulan ini boleh digunakan sebagai solusi terakhir sekiranya kamu berada dalam keadaan yang sangat membahayakan. Nak lebih berkesan, lakukan gerakan ini dengan menyerang bahagian wajah terutamanya hidung, rahang dan mata.
Cara-caranya:
• Dalam gerakan 1, angkat tangan kanan ke atas dan genggam manakala tangan kiri genggam dan lindung wajah.
• Pusingkan pinggung kanan dan bahu kanan, kemudian tumbuk bahagian wajah dengan kuat.
• Kemudian kembali ke posisi gerakan 1 dan cuba lepaskan diri.
Setelah kamu melakukan beberapa gerakan di atas, segera meminta pertolongan orang sekeliling atau hubungi pihak polis untuk membantu kamu.
Komentar
Posting Komentar